Artikel Terkini

Malaysia Tech Week 2019

Program Malaysia Tech Week (MTW19) anjuran Knowledge Group of Companies yang disokong Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan diadakan pada 17 hingga 21 Jun ini di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur. Program yang bakal berlangsung selama lima hari itu nanti akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran inovasi, peluang padanan perniagaan, platform pembentangan serta akses kepada rangkaian ekosistem teknologi Malaysia. MTW19...

MED: Potensi produk F&B tempatan ke Korea cerah

Kementerian Pembangunan Usahawan menggesa usahawan tempatan yang terlibat di dalam industri makanan dan minuman (F&B) untuk tampil lebih agresif mempertingkatkan mutu kualiti produk masing-masing bagi meningkatkan peluang jenama mereka menembusi pasaran Korea Selatan. Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Hatta Ramli berkata, selain faktor kerjasama ekonomi Malaysia dan Korea semakin bertambah baik, perkembangan industri halal yang kini menjadi tumpuan dunia juga mampu...

Malaysia Fest 2019 platform usahawan tempatan teroka pasaran Thailand

Malaysia Fest 2019 anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-Thai (MTCC) dan Conceptual Events Worldwide Co Ltd yang bakal diadakan di Central World Bangkok pada 20 hingga 23 Jun ini dianggap sebagai platform terbaik bagi usahawan tempatan untuk melebarkan pemasaran produk serta jualan di negara Gajah Putih itu. Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, pelbagai produk dan jenama daripada...

SME Corp sedia bantu usahawan sertai Program GEB

SME Corporation Malaysia (SME Corp) bersedia membantu usahawan-usahawan tempatan yang berhasrat menyertai Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) bagi meningkatkan produktiviti dan pemasaran masing-masing secara lebih meluas ke peringkat global. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said berkata, jumlah eksport usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutamanya Bumiputera yang tidak begitu memberangsangkan dengan penglibatan hanya 20 peratus sahaja boleh dipertingkatkan lagi...

Zhejiang fokus persekitaran perniagaan terkemuka dunia

Tiga buah acara antarabangsa iaitu Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa, Ekspo China CEEC yang pertama serta Simposium Pelaburan dan Perdagangan Zhejiang ke-21 anjuran kementerian perdagangan China dan kerajaan wilayah Zhejiang telah diadakan di bandar raya pelabuhan timur China, Ningbo. Aktiviti-aktiviti sepanjang acara tersebut termasuklah persidangan, forum, perbincangan ekonomi dan perdagangan, pameran dan pertukaran orang dengan orang bertujuan memperdalamkan kerjasama di antara...