ASEAN NEXT Disertai Oleh 1,000 Syarikat

Persatuan Usahawan Muda ASEAN (AYEA) menjangkakan lebih banyak penyertaan daripada syarikat korporat dalam ASEAN Next Entrepreneurs Exchange Track (NEXT) pada tahun hadapan. Dengan adanya penyertaan daripada syarikat korporat dapat memberi dorongan dan semangat kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan seterusnya kedua-dua pihak dapat memperolehi manfaat menerusi era digital. NEXT diadakan untuk mengemukakan satu peluang inovasi kepada para usahawan muda ASEAN serta syarikat PKS. Menerusi cara ini, syarikat korporat dapat memiliki idea baharu daripada usahawan muda dan ianya dapat membuka peluang dan pengalaman kepada PKS untuk bergabung bersama syarikat korporat besar. Pada majlis tersebut, turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Timbalannya, Datuk Ahmad Maslan serta Pengasas Persatuan Ushawan Muda ASEAN Malaysia, Syed Nabil Aljeffri.