Dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan tempatan, kerajaan tidak putus-putus memberi bantuan daripada pelbagai aspek. Samada dalam bentuk modal mahupun perundingan perniagaan.

Dalam Majlis Pecah Tanah Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini, bangunan baharu SSM di kawasan bandar Ipoh berkeluasan tujuh hektar itu dijangka akan siap menjelang menjelang Mac 2020.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zamry Abd Kadir itu juga turut dihadiri oleh Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong.

Beliau yakin bahawa bangunan SSM baharu itu akan memberi banyak manfaat kepada para usahawan di negeri Perak sekaligus mampu menarik lebih ramai usahawan untuk mendaftarkan perniagaan milik mereka.