“Beauty Business Malaysia 2018” merupakan pameran perdagangan yang dianjurkan untuk mewujudkan platform dinamik di mana pemilik perniagaan kecantikan dapat menemui produk terkini, penyelesaian revolusi berkenaaan kecantikan kulit serta rakan perniagaan yang tepat untuk membina empayar perniagaan bersama. Pameran perdagangan ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan kualiti kemahiran, membantu ahli perniagaan untuk membuat keputusan sambil dapat membuat hubungan rangkaian perniagaan bersama ahli usahawan yang lain, serta mempamerkan jalan penyelesaian yang terbaik mengenai bisnes kecantikan. Perniagaan Kecantikan Malaysia menyasarkan para pengedar produk, pembekal bahan dan pembungkusan produk kecantikan, institusi penyelidikan dan pembangunan, syarikat farmaseutikal, pemilik salun dan kedai runcit, dan pakar kecantikan untuk sama-sama menghadiri program ini. ”The Beauty Business Malaysia 2018” akan berlangsung pada 26-29 Mac 2018 di Putra World Trade Centre (PWTC).

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.beautybusiness.com.my/