Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kemudahan Skim Pembiayaan BSN Microplus bagi membantu usahawan untuk memperluaskan bidang perniagaan yang dijalankan. Produk ini telah diperkenal sejak 10 tahun yang lalu bagi memastikan perniagaan usahawan mikro lebih berkembang dan berdaya saing.

Kini BSN Microplus menawarkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak RM250, 000 berbanding dengan pembiayaan BSN Micro/i yang hanya menawarkan dengan jumah RM50, 000. Tawaran ini dibuka kepada peminjam yang mempunyai perniagaan yang berpotensi tinggi, berdaya saing serta mempunyai rekod pembayaran yang baik. Dengan pembiayaan yang ditawarkan ini dapat membantu para usahawan membangunkan perniagaan mereka dengan cemerlang dan seterusnya dapat meningkatkan inisiatif pembangunan usahawan mikro di Malaysia.