Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama Media House Entertainment (MHE) akan mengadakan Fiesta MED dan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Selatan bertemakan ‘Usahawan Wira Ekonomi’ pada 26 hingga 28 April ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Program yang bakal berlangsung selama tiga hari tersebut akan dibuka bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam dengan 100,000 pengunjung dijangka hadir untuk terlibat di dalam pelbagai aktiviti yang disertai agensi-agensi MED seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKN), Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, ‘Professional Training and Education For Growing Enterpreneurs’ (PROTEGE), Pusat Inovasi, Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Institut Latihan Keusawanan Negara (INSKEN) dan UDA Holding.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof sendiri akan hadir turun padang untuk beramah mesra dengan para tetamu dan tidak ketinggalan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakub serta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan turut hadir memeriahkan program.

Selain kedai jualan dan pameran, pelbagai aktiviti lain yang diadakan ialah forum agama, perlawanan futsal, persembahan artis terkenal, kursus keusahawanan dan kenduri rakyat.

FIESTA MED 2019.jpg