Garudafood Putra Putri Jaya Indonesia baru-baru ini telah mendekati kumpulan suri rumah di sebuah perkampungan yang terletak di Bogor bagi menaikkan minat keusahawanan golongan tersebut sekaligus membuka peluang untuk mereka menjadikan usahawan sebagai kerjaya.

Ketua Komunikasi Korporat Garudafood Putra Putri Jaya, Dian Astriana berkata, pendekatan yang dilaksanakan melalui program keusahawanan kepada suri rumah tersebut bertujuan menggalakkan kreativiti wanita dalam perniagaan melalui pemasaran di era teknologi.

“Program ini adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) GarudaFood Sehati yang memberi tumpuan kepada tunjang pemerkasaan komuniti.

“Dengan adanya program seperti ini, kami berharap para suri rumah terlatih akan menjadikannya sebagai inspirasi untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

Program usahawan wanita desa Garudafood (Kredit foto Garudafood).jpg