Dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan pada masa hadapan, golongan muda dijadikan sebagai subjek utama. Jika mereka dibekalkan dengan sistem latihan dan pendidikan yang berkualiti hari ini, mereka berpotensi untuk merebut peluang yang lebih besar pada masa depan.

Dalam lawatan ke Makmal Sindikasi Hala Tuju Ekonomi Bumiputera (BETR 2.0) semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, “Malaysia mampu menjadi antara 20 negara terbaik dunia menjelang tahun 2050 jika kerajaan menyediakan persekitaran kondusif yang lengkap kepada golongan muda.”

Beliau menambah, “inisiatif yang dijalankan oleh Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU) melalui BETR 2.0 ini sejajar dengan aspirasi yang dibawa oleh Transformasi Nasional 2050 (TN50).”

Belia yang berilmu dan berkemahiran tinggi akan mampu memenuhi kehendak industri dalam merealisasikan hasrat Malaysia sebagai antara 20 negara terbaik di dunia menjelang tahun 2050 akan datang.

Turut hadir ke lawatan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh.