Persidangan profesional bidang G2G, G2B & B2B memberi tumpuan dan fokus kepada ekonomi “Halal Trade & The Muslim”. Akses pasaran halal global ini telah mencecah 1.9 billion yang memacu kepada perkembangan Perdagangan Halal Antarabangsa di seluruh dunia. GTDW Halal Trade Summit & Expo edisi ke-5 ini memberi tumpuan kepada peluang dan cabaran bagi merentasi industri halal dan hala tuju industri halal untuk ke arah globalisasi. Persidangan ini turut disertai oleh perkhidmatan perdagangan halal, pensijilan, badan kerajaan, swasta, pengeluar serta pembekal barang-barang, logistic dan pemimpin rantaian bekalan di satu lokasi iaitu Kuala Lumpuer dengan kerjasama pihak Jakim. Persidangan ini bakal diadakan pada 5 & 6 Februari 2018 bertempat di InterContinental Kuala Lumpur.

 

 

Sila layari https://www.kwglobaltrade.com/ untuk maklumat lanjut.