Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berhasrat untuk bekerjasama dengan para usahawan industri reka bentuk tempatan bagi memperluaskan pasaran produk mereka ke peringkat antarabangsa.

Ketua Setiausahanya, Datuk Isham Ishak berkata, pemasaran produk reka bentuk tempatan secara eksport boleh dilaksanakan dengan meluas menerusi usaha sama 75 pejabat MITI di seluruh dunia.

“Selagi peserta industri terus menghasilkan produk dengan reka bentuk yang baik, MITI akan menggunakan semua rangkaiannya untuk membantu mereka menjualnya di seluruh dunia,” katanya pada majlis penyampaian ‘Malaysia Good Design Mark 2017/2018’ di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, semalam.

Berucap mewakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Darell Leiking, beliau berkata, kementeriannya menggesa pereka tempatan supaya terus bersaing dengan jenama produk antarabangsa dalam memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia.

Malaysia Good Design Mark 2017 2018.jpg