K11 dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia baru sahaja dinamakan sebagai salah sebuah Syarikat Paling Inovatif Fast Company bagi tahun 2019. Ini merupakan tahun kedua K11, yang ditubuhkan oleh Adrian Cheng pada tahun 2008, diberi pengiktirafan oleh Fast Company atas ciri-ciri inovatifnya dan model-model baharu yang disruptif di bawah konsep hybrid muzium-runcit pusat beli belah berkenaan.

Selepas diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling inovatif di China tahun lalu, dalam senarai tahun ini, K11 buat julung kalinya diiktiraf dalam kategori global di bawah sektor pembangunan bandar dan hartanah. Khususnya, K11 juga merupakan satu-satunya syarikat dari Asia yang dinamakan di bawah kategori anugerah tahun ini untuk sektor ini.

Adrian Cheng, pengasas K11 dan Naib Pengerusi Eksekutif New World Development Group berkata, “Di K11, kami sentiasa berusaha untuk mengaturkan pengalaman paling hebat dengan menyepadukan idea-idea rintis dan model-model baharu bagi mengubah pengalaman membeli belah menjadi aktiviti yang benar-benar imersif yang membawakan perjalanan baharu yang memberangsangkan untuk generasi pelanggan akan datang.

“Apa yang kami sediakan lebih daripada sekadar pengalaman membeli belah, kami bermatlamat untuk membina ekosistem bandar yang membolehkan orang ramai bekerja, menetap, membeli belah, bermain, menjamu selera dan membina impian dalam satu hab yang menginspirasikan dan bersepadu di beberapa bandar yang paling menarik di dunia.” – PR NEWSWIRE

K11 Art Mall Guangzhou.jpg