Mesyuarat Meja Bulat Pelaburan Global Kazakhstan (KGIR-2019) tahunan kali ketiga yang dianjurkan di Forum Ekonomi Astana baru-baru ini menyaksikan penandatanganan 43 perjanjian berjumlah $8.7 bilion. Semasa KGIR-2018, 32 perjanjian telahpun ditandatangani berjumlah USD 4.7 bilion.

Berucap dalam sesi panel KGIR-2019, Askar Mamin, Perdana Menteri Kazakhstan berkata, “Aliran masuk pelaburan asing di Kazakhstan meningkat kepada $24 bilion pada tahun 2018. Iklim perniagaan yang menggalakkan dan tumpuan baharu kami terhadap industri-industri baharu dan meyakinkan menjurus kepada pertumbuhan ekonomi. Hari ini, Kazakhstan mempunyai persekitaran yang paling mesra perniagaan di wilayah ini.”

Mehmet Simsek, bekas Timbalan Perdana Menteri Turki, menyebutkan bahawa kestabilan politik ialah satu kelebihan besar buat Kazakhstan. Pada pandangan beliau, prospek jangka panjang, dan bukannya keputusan ‘segera’, adalah penting untuk ekonomi dan pelaburan global.

Kazakhstan mempunyai potensi pelaburan tertinggi di wilayah ini. Secara purata, Kazakhstan menikmati pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 peratus selama 20 tahun berturut-turut yang hanya setanding dengan ‘harimau Asia’.

Faktor-faktor untuk daya tarikan pelaburan Kazakhstan termasuk lokasi penting negara yang terletak secara strategik, persekitaran perniagaan yang menggalakkan, insentif pelaburan serta infrastruktur yang maju. – PR NEWSWIRE

Astana-Economic-Forum.png