Kehadiran Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Bagi Merasmikan Majlis Anugerah Personaliti Industri Dan Usahawan Malaysia 2017

Sukacita dimaklumkan, Yang Berbahagia Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan merasmikan Anugerah Personaliti Industri Dan Usahawan Malaysia 2017 pada 31 Mac 2017 di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Ianya adalah anugerah berprestij yang mengiktirafkan pencapaian usahawan-usahawan SME di Malaysia yang bersedia untuk terus maju di masa hadapan. Program SME ini adalah bertujuan untuk menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan.

Kehadiran Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong merupakan satu pengiktirafan kepada majlis makan malam Anugerah Personaliti Industri Dan Usahawan Malaysia 2017.