Alibaba.com menjalin usaha sama dengan Exabytes Network Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan awan dan pengehosan web bagi meningkatkan eksport perusahan kecil dan sederhna (PKS) di kawasan utara Malaysia.

Sebahagian daripada usaha sana itu, Alibaba.com, akan melantik Exabytes sebagai ahli Rakan Saluran sah lobal Gold Supplier (GGS).

Pelantikan itu akan membolehkan Exabytes mempromosi keahlian GGS di Malaysia dan bagi PKS Malaysia di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis untuk disenaraikan pada platform Alibaba.com, yang membolehkan mereka meneroka berjuta-juta pembeli di seluruh dunia dan menemui peluang baharu perniagaan.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes Chan Kee Siak berkata usaha sama itu membuka peluang besar untuk syarikat meneruskan misinya dalam memudahkan PKS mengembangkan perniagaan masing-masing secara dalam talian.

Beliau berkata perkongsian itu boleh membantu mengukuhkan kedudukan Exabytes sebagai penyedia perkhidmatan awan terkemuka untuk PKS di negara ini.

Perkongsian itu merupakan inisiatif terbaru Alibaba menerusi Platform Perdagangan Dunia Elektronik untuk membantu PKS Malaysia merebut peluang perdagangan merentas sempadan global dengan memanfaatkan ekosistem Alibaba.

“Bersama-sama dengan ExabytesBI, kami akan menganjurkan satu siri seminar pendidikan, bengkel dan sesi di rantau ini untuk memperkasa dan membolehkan lebih banyak PKS dan perniagaan tempatan mendapat manfaat daripada ekosistem Alibaba,” kata Joey Zhu, Pengurus Negara Alibaba.com. – BERNAMA