Entropia, pakar runding pemasaran era baharu dengan usaha sama Rudra Labs telah melancarkan Aladdin, tawaran terkini yang membuka peluang melalui Internet Benda (IoT) buat para peniaga bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Rudra Labs ditubuhkan pada 2016 dengan beberapa syarikat yang beroperasi di Singapura dan Hyderabad merupakan pakar dalam rekaan dan penghasilan platform peranti IoT manakala Entropia yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Manila menawarkan kepakaran dalam usaha sama ini termasuk saranan nilai pelanggan (CVP), reka bentuk pengalaman pelanggan, data dan UI/UX.

Memetik kata-kata Rajeev Bala, Ketua Pereka Aladdin ketika pelancaran itu, “inilah masanya untuk jenama-jenama memberikan lebih dari sekadar kempen dan kandungan dengan menyediakan kemudahan IoT di tahap baharu buat pelanggan dan menyasarkan margin yang lebih tinggi buat mereka.”

“Dunia kini amat sengit dengan pelbagai jenis perniagaan, pangkalan IoT dapat membentuk nilai jenama yang lebih bermakna buat pengguna dan produk. Ini merupakan misi utama Aladdin,” ujar beliau. – PR NEWSWIRE

(Kiri Prashant Kumar, Rakan Kongsi Utama di Entropia. Kanan  Rajeev Bala, Ketua Pereka Aladdin).jpg