Penyedia global bagi kecerdasan buatan dan penyelesaian pengautomatan pintar, AntWorks dikuasakan oleh sains fraktal, baru-baru ini mengumumkan satu usaha sama dengan SBI Neo Financial Services Co Ltd, untuk membekalkan platform pengautomatan pintar bersepadu AntWork untuk pasaran-pasaran Asia Timur dan Asia Tenggara.

Penyelesaian AntWorks direka untuk mengatasi cabaran-cabaran sukar yang tidak dapat ditangani oleh teknologi-teknologi konvensional, seperti yang dibuktikan oleh hakikat bahawa teknologi AI berasaskan teori fraktal firma tersebut membolehkan dokumen-dokumen format tidak seragam dibaca.

Pengarah Perwakilan SBI Neo Financial Services, Yoshitaka Kitao, mengulas, “Platform AntWork menggunakan AI untuk CMR dan RPA pada platform mereka yang membolehkan mesin mengenali data tidak berstruktur. AI Pintar ini merupakan teknologi RPA generasi seterusnya. Ia akan merealisasikan pengautomatan sebenar di pejabat sepertimana yang berlaku di kilang-kilang Jepun pada tahun 1950-an dan 1960-an. Kini, Jepun berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan oleh penurunan populasi. RPA pintar ialah penyelesaian kepada keadaan ini.

“SBI Neo Financial Services bakal membawakan teknologi ini bukan sahaja untuk bank-bank serantau tetapi juga syarikat-syarikat lain di Jepun. Tambahan pula, kami bersedia untuk membawa RPA pintar ini ke negara-negara Asia melalui pangkalan kami di rantau ini. Ini akan mempercepatkan pertumbuhan negara-negara Asia dengan meningkatkan tahap produktiviti operasi-operasi dalam syarikat-syarikat.”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama AntWorks, Asheesh Mehra, mengulas, “Saya berasa amat teruja dengan penandatanganan perjanjian Usaha Sama ini memandangkan ia mengukuhkan hubungan antara SBI dan AntWorks. Perkongsian ini akan membolehkan penembusan yang dipercepat ke dalam pasaran Asia Timur dan Asia Tenggara untuk AntWorks dan akan membawa kekuatan Platform Pengautomatan Pintar Perusahaan ANTstein AntWorks ke hadapan.”

En. Mehra turut menambah, “Menerusi hubungan SBI yang mendalam, perkongsian ini akan membolehkan AntWorks menjadi sebahagian daripada perubahan penting yang akan berlaku, di peringkat perusahaan mahupun dalam operasi bahagian belakang pejabat masa depan, bagi menggembirakan pelanggan-pelanggannya di rantau ini menggunakan tenaga kerja digital.” – PR NEWSWIRE

Pengautomatan Pintar.jpg