Perbadanan Nasional Bhd (PNS) sedang membangunkan model perniagaan francais syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengubah pekerja sebagai usahawan kepada majikan.

Ketua Pegawai Operasi PNS, Azlina Juliani Abd Jalil berkata PNS sedang berbincang dengan empat GLC untuk firma berkenaan menjadi perintis model francais baharu itu dan dijangka memeterai usaha sama berkenaan pada November ini semperna ulang tahun PNS ke-50.

“Modul perniagaan ini akan melibatkan peralihan daripada tenaga kerja mahir kepada usahawan francais yang berpayungkan majikan sebagai francaisor.

“Kami melihat inisiatif ini sebagai menang-menang kepada majikan dan pekerja serta relevan bagi kelangsungan dan kelestarian GLC yang berdepan cabaran semasa seperti perbelanjaan modal dan operasi yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Selain pekerja, vendor di bawah GLC akan dapat memanfaatkan model yang sedang dibangunkan ini. – BERNAMA

Azlina-Juliani.jpg