Dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Swengtee Property Expo dan One Belt One Road Property & Finance Expo baru-baru ini, Presiden Swengtee Property, Dato’ Sri Gavin Tee berkata, “kawalan modal China sememangnya akan memberikan kesan positif terhadap Malaysia walaupun dalam jangka masa yang panjang.”

Meskipun kawalan modal China ini merisaukan banyak pihak, namun, beliau percaya bahawa China akan melabur di Malaysia secara terus menerus walaupun kesannya hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang agak panjang.

Secara khususnya, beliau berpendapat bahawa peluang Malaysia dalam kesulitan ini masih ada kerana kedua-dua China dan Malaysia mempunyai banyak persamaan, contohnya dari segi budaya.

Beliau berharap agar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dapat mengambil peluang dalam perdagangan dua hala ini. Bayangkan pergerakan perdagangan besar di antara dua negara ini sudah semestinya memberi manfaat yang lebih besar terhadap ekonomi Malaysia.