KT Corp. bakal buka Pusat Realiti Maya (VR) di Malaysia

KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT), syarikat telekomunikasi yang terbesar di Korea Selatan, merancang untuk melancarkan perniagaan realiti maya (VR) luar negara pertamanya di Malaysia, satu langkah terkini dalam usahanya untuk menjadi peneraju global dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
KT menandatangani satu perjanjian dengan Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB) Malaysia awal bulan ini bagi membuka pusat VR di selatan negeri Johor. Majlis menandatangan berlangsung di ibu pejabat KT di pusat bandar Seoul pada 11 Oktober.

Pusat VR baharu ini akan berada di dalam kawasan membeli belah antarabangsa berhampiran Legoland Malaysia, destinasi pelancong yang popular di wilayah ekonomi khas Iskandar Malaysia yang bersempadan dengan Singapura. KT merancang untuk meluaskan perkongsian bersamanya bagi meninjau lebih banyak peluang perniagaan di Malaysia, menawarkan teknologi canggihnya dalam rangkaian dan penyelesaian 5G, tenaga pintar dan keselamatan siber.

“Kami mengambil langkah pertama yang penting dalam meneruskan usaha kerjasama dengan IISB dan memperkenalkan kepakaran kami dalam perniagaan VR,” kata Yoon Kyoung-Lim, ketua Pejabat Perniagaan Global KT. “KT akan berusaha dan melabur bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan VR dengan jayanya di Malaysia.”

Datuk Khairil Anwar Ahmad daripada Iskandar Innovations Berhad (IIB), firma induk IISB, berkata, “Saya percaya bahawa kerjasama kami akan membawa kepada pembangunan penyelesaian baharu melangkaui VR dan AR (realiti imbuhan). Pusat VR yang akan ditubuhkan oleh dua syarikat kami menandakan permulaan perkongsian jangka panjang dengan KT.”

IIB ialah sebuah firma pelaburan dan pembangunan yang terlibat dalam pembangunan jangka panjang Iskandar Malaysia. IIB berusaha untuk memastikan Malaysia dapat menjadi destinasi pelaburan yang menarik serta kawasan yang menarik dan sesuai untuk didiami, menumpu pada projek-projek berimpak tinggi dalam aspek pendidikan, pelancongan, libur serta kesihatan dan kesejahteraan.

Bagi merintis perniagaan baharu dengan teknologi inovatif, KT melancarkan dua taman tema VR VRIGHT (http://VRIGHT.com) di Seoul tahun ini dengan kerjasama GS retail, pengendali rangkaian kedai serbaneka utama di Korea Selatan. Syarikat merancang untuk memfrancaiskan perniagaan hiburan VR miliknya pada tahun hadapan di dalam dan luar negara.

KT turut membangunkan perkhidmatan media dan beli belah imersif dengan menggunakan ICT generasi seterusnya, menampilkan bukan sahaja VR dan AR, tetapi juga kecerdasan buatan (AI) dan pemodelan 3D. Pengerusi KT Hwang Chang-Gyu berkata pada bulan lalu bahawa peneraju telekomunikasi Korea tidak lama lagi akan melancarkan VR Theater, satu perkhidmatan VR pada Televisyen Protokol Internet (IPTV). – PR NEWSWIRE

KT Corp.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.