Syarikat e-Dagang yang terkemuka di Asia Tenggara Lazada merancakkan operasi rentas sempadannya untuk jenama-jenama dan peniaga-peniaga antarabangsa bagi meluaskan jangkauan mereka kepada pengguna, tatkala jualan rentas sempadan platform berkenaan meningkat empat kali ganda sepanjang tiga tahun lalu.

Antara langkah-langkah tersebut adalah untuk membawa masuk jenama-jenama antarabangsa yang berkualiti dan mengenal pasti serta memupuk 300 jenama terbaik antara kesemua penjual rentas sempadan dalam setiap satu daripada enam negara Lazada beroperasi, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Ini akan membolehkan jenama-jenama yang dipilih khusus itu mengembangkan perniagaan mereka dan menikmati faedah-faedah seperti keterlihatan yang lebih tinggi terhadap produk-produk mereka apabila pengguna mencari dan melayari laman tersebut. Satu lagi ciri baharu ialah seleksi yang diperbaharui untuk peranekaan rentas sempadan di platform Lazada.

“Kami ingin menjadi penghubung antara peniaga rentas sempadan yang berkualiti kami dan kira-kira 560 juta pengguna di Asia Tenggara,” kata Presiden Bersama Lazada Group, Jing Yin, yang berucap di Shenzhen dalam persidangan penjual rentas sempadan pertama Lazada bagi tahun 2019, baru-baru ini. – PR NEWSWIRE

Lazada di Asia Tenggara.jpg