Dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara SME Corp dan Malaysia Institute for Supply Chain Innovation (MISI), Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Dr. Hafsah Hashim berkata bagi menyokong pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), pengetahuan dalam aspek rantaian bekalan dan logistik adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau berkata lagi, kerjasama ini mampu memberi persediaan kepada PKS dalam menghadapi sistem ekonomi digital serta memperkemaskan lagi aspek rantaian bekalan dan logistik.
Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa sebagai permulaan, program memberi pendedahan pertama akan dilaksanakan pada September ini dan akan membabitkan bidang peranti perubatan dan aeroangkasa. Ia akan menjadi pemangkin kepada bidang ekonomi lain dalam memperkemaskan sistem operasi masing-masing.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MISI, Prof Dr. David Gonzalves.