Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melancarkan Sistem ePerolehan (eP) dan Portal Pembekal sebagai usaha berterusan LHDN menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada pembekal, penyebut harga dan petender yang berurusan dengan LHDN.

Sistem eP LHDN yang dilancarkan ini merupakan sistem pengurusan perolehan secara elektronik yang akan menjadi platform bagi syarikat untuk menyertai tawaran perolehan perkhidmatan , bekalan atau kerja daripada LHDN.

Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem eP LHDN merangkumi pendaftaran iaitu memperbaharui akses, kenyataan tawaran, pembelian dokumen tawaran, penyertaan tawaran, penyerahan dokumen tawaran dan pentauliahan perolehan sama ada secara tender, sebut harga atau pembelian terus.

Manakala Portal Pembekal merupakan kemudahan tambahan yang diberikan kepada pembekal LHDN untuk berurusan secara dalam talian berkaitan dengan urusan kewangan dan pembayaran.

Kemudahan ini termasuk pengemaskinian maklumat am pembekal, penerimaan pesanan pembelian secara dalam talian, memuat naik dokumen kewangan bagi tujuan pembayaran untuk perkhidmatan, bekalan atau kerja yang telah disempurnakan dan semakan status pembayaran.

Pengguna boleh melayari sistem eP LHDN dan Portal Pembekal di portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://www.tenderwizard.my/LHDN untuk sistem eP dan https://kew-pembekal.hasil.gov.my untuk Portal Pembekal.

Sebarang pertanyaan berkenaan Sistem eP LHDN boleh diajukan melalui e-mel eperolehanlhdnm@hasil.gov.my, manakala e-mel supplier@hasil.gov.my untuk Portal Pembekal.

LHDN.jpg