Locus Chain Foundation yang beribu pejabat di Singapura, pembangun protokol rantaian blok revolusioner generasi berikutnya, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan platform bursa aset digital inovatif, Locus DAX di Dubai, pada suku pertama tahun 2019.

Locus DAX akan membolehkan pengguna membeli, menjual dan mendagangkan mata wang digital termasuk mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan Locus Token (mata wang digital milik Locus Chain). Bursa ini juga akan menyediakan fungsi saling boleh kendali dan akaun kewangan, justeru membolehkan pengguna membeli mata wang kripto menggunakan mata wang fiat seperti USD dan AED.

Yang Maha Mulia Sheikha Moaza Obaid Suhail Al Maktoum, pengasas bersama Locus DAX dan penasihat kanan Locus Chain, berkata, “Terletak secara strategik antara Afrika, Asia dan Eropah, Dubai berada di persimpangan antarabangsa antara perniagaan dan pelaburan serta dengan pesat menjadi hab bursa digital rantau ini.

“Kami menjangka untuk menarik pelabur-pelabur dari seluruh rantau selain di peringkat antarabangsa, tatkala inovasi dalam rantaian blok terus menarik minat mendalam daripada kerajaan dan perniagaan persendirian. Apabila anda turut mengambil kira kecairan GCC, kami yakin bahawa Locus DAX berkedudukan unik untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang yang semakin berkembang ini, dan pantas menjadi bursa yang mendapat tempat di peringkat global.”

En. Sang Yoon Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Locus Chain dan pengasas bersama Locus DAX, berkata, “Strategi Rantaian Blok UAE 2021 adalah lebih bercita-cita tinggi berbanding mana-mana negara dalam membenamkan teknologi rantaian blok dalam bidang umum. Kami percaya pelancaran Locus DAX di Dubai dapat mengukuhkan lagi reputasi Dubai selaku salah satu pusat kewangan utama dunia sekaligus memberikan kami peluang untuk menjadi salah satu persimpangan kritikal dalam bidang teknologi, perdagangan dan pelaburan.”

Dubai telah memulakan rancangan bercita-cita tinggi untuk menjadi bandar pertama di dunia yang mempelopori sistem e-kerajaan yang beroperasi sepenuhnya pada rantaian blok menjelang tahun 2020. Kerajaan berharap dapat menjimatkan sebanyak USD 1.5 bilion dan 25.1 juta jam tenaga buruh setiap tahun apabila rancangan tersebut dilaksanakan sepenuhnya, dengan perkhidmatan seperti memproses permohonan visa, merekodkan maklumat pendaftaran tanah dan membuat bayaran bil, kesemuanya dijangka dapat dilakukan melalui rantaian blok.

Pengumuman Locus DAX dibuat susulan lebih 40 perjanjian dimeterai bersama organisasi dan kerajaan dari negara-negara berbeza untuk melaksanakan teknologi rantaian blok dan mata wang digital Locus Chain, seperti Bandar Ekonomi Tunisia dan Bandar Eko Uganda, selain projek-projek dengan negara-negara Afrika lain termasuk Republik Demokratik Congo, Malawi dan Mauritius.

Baru-baru ini, Locus Chain turut menembusi pasaran India menerusi perjanjian untuk mengaplikasikan teknologi rantaian blok pada platform pengembaraan dan pelancongan Let’s Fly Free. Dengan pejabat-pejabat di Korea Selatan, Jepun, UAE dan Mauritius, Locus Chain Foundation Pte. Ltd. Singapore merupakan subsidiari Bloom Technology. – PR NEWSWIRE

Locus Chain signing ceremony.jpg