Dalam pertemuan di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Sri Mustapa Mohamed bersama wakil Fuji Capsule Co Ltd. di Tokyo, Jepun baru- baru ini, Fuji Capsule Co Ltd. memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pertama kerana Malaysia menyediakan suasana yang mesra pelabur serta peluang yang besar untuk meluaskan perniagaan mereka menembusi pasaran ASEAN.

Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata, syarikat itu akan membuat pelaburan kira-kira RM200juta melalui dua fasa. Mereka telah mula menyewa kilang di Petaling Jaya, Selangor dan bakal memulakan operasi mereka pada tahun ini.

Beliau menambah, “syarikat tersebut telah beroperasi lebih daripada 65 tahun dan antara produk utama mereka adalah kapsul perasa serta makanan tambahan. Kepakaran mereka dalam bidang teknologi makanan sebenarnya secara tidak Langsung akan memberi lebih banyak manfaat kepada Malaysia kelak.”

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Dato’ Azman Mahmud.