Selasa, 23 Mei 2017- Lebih daripada 1,500 pengunjung menghadiri Malaysian Entrepreneur Convention (MEC) 2017 yang diadakan oleh Entrepreneur Insight pada 20 Mei 2017 bertempat di Connexion @ Nexus – Bangsar South.

Malaysia Entrepreneur Convention (MEC) 2017 yang diadakan oleh Entrepreneur Insight adalah jenama Armani Media serta merupakan penerbitan oleh Property Insight. Pada tahun kedua Malaysian Entrepreneur Convention ini menyediakan satu platform bagi para usahawan berkumpul, bertukar idea, ilmu dan pandangan berharga berkenaan industri masing-masing sambil membina rangkaian bersama 2,500 usahawan yang lain di bawah satu bumbung yang sama.

Acara MEC yang julung kali diadakan pada 2016 merupakan kejayaan yang besar dimana MEC telah menerima sokongan dan penyertaan daripada semua pakar dalam pelbagai industri. MEC 2016 pernah menerima pengiktirafan daripada “The Malaysian Book of Records” sebagai Konvensyen Usahawan Terbesar Malaysia.

Antara panel yang turut hadir ialah Derek Toh (Pengasas WOBB.CO), Joshua Liew daripada ExpressLab, Goh Chee Hau (Ketua Pegawai Operasi & Pengarah Urusan The Lorry), Giulio Xiloyannis daripada Zalora, Raja Sigham (Pengarah Urusan Brickfields Asia College), Choong Fui-Yu (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kaodim) serta beberapa tokoh terkenal turut menjadi ahli panel dan tetamu di Malaysian Entrepreneur Convention. Antara industri yang terlibat ialah sumber manusia, makanan & minuman, jualan dan pemasaran, “start-up” dan E-Commerce.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.themec.com.my/