Malaysian-China Chamber of Commerce (MCCC) menganjurkan Persidangan Belt dan Road hari ini. Tujuan persidangan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai Inisiatif Belt dan Road terhadap komuniti yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

Persidangan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Chua Tee Yong itu telah dihadiri oleh seramai lebih daripada 200 ahli perniagaan, ahli akademik dan wakil NGO.

Inisiatif Belt dan Road telah dibangkitkan oleh Presiden China, Xi JinPing pada tahun 2013 lagi. Maksud disebalik Belt atau Silk Road merujuk kepada laluan darat manakala Road atau Maritime Road pula merujuk kepada laluan laut. Tujuan inisiatif ini dikemukakan adalah untuk merai serta mengukuhkan perhubungan di antara benua Asia, Eropah dan Afrika dalam menyeimbangkan serta membangunkan negara-negara di dalam benua yang terlibat.

Berikutan inisiatif tersebut, Malaysia merupakan negara yang terbaik untuk mencari peluang pelaburan dan perniagaan jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain.

Selain memiliki lokasi yang strategik, Malaysia juga mendapat manfaat daripada infrastruktur pengangkutan dan logistik yang kukuh dan mampu menarik lebih banyak peluang perniagaan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan negara ini dapat merai manfaat melalui Inisiatif Belt dan Road.