Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan dan Pelancongan Republik Uzbekistan, H.E. Anvar Sharopov telah membuat kunjungan ke Malaysia. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor pelancongan di antara Malaysia dan Uzbekistan.

Bagi Datuk Hj Hamzah Rahmat, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), lawatan Sharopov ini menunjukkan gambaran masa depan yang cerah dalam meningkatkan pakej haji serta pelancongan di Malaysia.

Samarkand, Bukhara dan Khiva merupakan antara beberapa bandar menarik yang akan disertakan ke dalam pakej haji dan pelancongan di Malaysia. Beliau juga mendorong rakyat Malaysia untuk mendalami serta meneroka warisan sejarah di negara tersebut.

Selain itu, lawatan ini juga menjangkakan memorandum persetujuan di antara Sharopov dan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam mengeratkan hubungan serta meningkatkan kerjasama di antara Malaysia dan Uzbekistan dalam bidang pelancongan khususnya.