Kreativiti dan inovasi dalam yang dijalankan oleh usahawan sentiasa diiktiraf sebagai jalan yang untuk menuju kejayaan. Merangsang kreativiti dan meneroka benda yang baru dan tidak diketahui oleh lain dapat membawa hasil serta membantu meningkatkan produktiviti organisasi. Para usahawan juga perlu menggalakkan pekerja untuk berfikir di luar kotak dan memberi mereka masa dan sumber untuk meneroka bidang baru untuk idea-idea yang inovatif kerana ianya adalah kunci kepada penyelesaian perniagaan.

Kreativiti meningkatkan proses dalam menyelesaikan masalah. Tidak kiralah jika kita berbicara tentang membangunkan strategi baru atau cara yang inovatif untuk kekal di hadapan persaingan, penyelesaian masalah yang kreatif dapat memberikan kelebihan kompetitif buat usahawan yang sedang membina perniagaan yang berjaya.

Idea yang kreatif dan inovatif boleh di inspirasi daripada rakan-rakan, pelanggan, kumpulan sasaran dan juga pekerja. Mereka boleh membantu anda idea-idea yang baru dan bernas. Tindak balas dan makluman anda amatlah penting buat mereka kerana ianya menunjukkan anda memberi maklum balas yang positif serta mendengar pendapat serta pandangan mereka.

“An idea can turn to dust or magic, depending on the talent that rubs against it.” — Bill Bernbach, co-founder of Doyle Dane Bernbach