Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka di India, mengumumkan bahawa ia sedang mengukuhkan tawaran perkhidmatan Keselamatan Sibernya. Sebagai pengiktirafan kepada usaha-usaha ini, Microland turut ditempatkan sebagai ‘Aspirant’ dalam penilaian PEAK Matrix Perkhidmatan Keselamatan IT Everest Group, 2019.

Status ‘Aspirant’ dalam PEAK Matrix Perkhidmatan Keselamatan IT, merupakan penunjuk jelas dan mencerminkan usaha-usaha Microland dalam membangunkan portfolio perkhidmatan yang holistik bagi menyediakan aspek keselamatan, pematuhan dan meminimumkan risiko dalam ekosistem pelanggan.

“Manfaat-manfaat transformasi digital telahpun diketahui oleh setiap orang. Walau bagaimanapun, kesedaran manfaat hanya berlaku apabila strategi-strategi perlindungan keselamatan dan privasi yang sewajarnya disediakan. Suit perkhidmatan keselamatan komprehensif daripada Microland didatangkan dengan pendekatan dipacu analitik ke arah memastikan aplikasi dan sistem IT pelanggan kami terjamin di samping memastikan pengurusan pertahanan siber yang mantap.

“Selain itu, Perkhidmatan Keselamatan Siber Microland membantu organisasi-organisasi menerima dengan yakin teknologi digital dan awan di samping memastikan bahawa operasi-operasi selari dengan perubahan peraturan. Kami turut melindungi perniagaan terhadap ketirisan data, risiko kewangan dan kemusnahan reputasi,” kata Robert Wysocki, Ketua Pegawai Teknologi, Microland Limited. – PR NEWSWIRE

Keselamatan Siber.jpg