MIHAS baru-baru ini, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, “MIHAS mencerminkan kisah kejayaan bagi menghidupkan kerjasama di antara sektor awam dan swasta dalam membangunkan ekosistem yang kondusif serta menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat di Malaysia, terutamanya syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).”

Salah satu syarikat yang terlibat mewakili Malaysia dalam pameran MIHAS 2017 ialah Che Din Food Industries. Semenjak penubuhannya pada tahun 2010, mereka menyedari akan permintaan makanan halal di Malaysia semakin bertambah dari semasa ke semasa. Melalui permintaan itulah syarikat beliau mula berkembang dan mampu menghasilkan produk makanan sendiri dalam skala yang lebih besar.

Selain itu, Pau Sedap Sdn Bhd yang baru ditubuhkan sejak tahun 2014 itu juga turut serta dalam pameran MIHAS 2017. Objektif utama syarikat ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam menghasilkan makanan halal di Malaysia.

Terdapat lebih 580 peserta pameran daripada 33 buah negara yang terlibat dalam MIHAS kali ini. Orang ramai yang berkesempatan dialu-alukan untuk berkunjung ke MIHAS 2017 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sehingga 8 April ini.