Selepas merasmikan Karnival Keusahawanan MITI peringkat Daerah Pontian baru-baru ini, Timbalan Menteri MITI, Datuk Ahmad Maslan berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) telah memperuntukkan sebanyak RM2.3bil bagi menjalankan 57 program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tahun ini.  Seramai 5,396 usahawan PKS bakal mendapat manfaat melalui program tersebut. Salah satu daripada 57 program tersebut adalah Karnival Keusahawanan yang telah disambut di Pontian baru-baru ini. Pelbagai program akan diadakan di bawah pelbagai Agensi kementerian Kerajaan. Oleh itu, beliau berharap agar usahawan PKS akan terus mendapat sokongan serta bantuan sekaligus menambah lebih ramai bilangan usahawan di Malaysia. Justeru itu, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program PKS boleh layari laman rasmi MITI iaitu www.miti.gov.my.