Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) merancang untuk membuka tiga lagi pusat usahawan berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) – ‘Centre of 9 Pillars’, menjadikan keseluruhan lima pusat seumpamanya diwujudkan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata inisiatif itu dilihat sebagai pemacu kerjasama dalam kalangan usahawan tempatan untuk memperkasakan industri pelbagai bidang di setiap wilayah.

“Inisiatif tersebut akan fokus kepada transformasi industri utama di setiap wilayah ke arah pelaksanaan IR4.0. Di pantai bidang yang paling menyerlah sudah semestinya industri minyak dan gas, namun ada beberapa lagi industri lain yang kita (MTDC) boleh bantu bagi mencapai aras IR4.0.”

“Misalnya daripada aspek teknologi perusahaan makanan dan juga teknologi hijau yang mana terdapat beberapa syarikat yang menerima dana MTDC di Pahang yang perlu menambah baik pengeluaran produk dan perkhidmatan mereka agar lebih efisien bertunjangkan teknologi IR4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap merasmikan Jelajah ‘MTDC Road2Growth 2019’ di Kuantan, baru-baru ini. -BERNAMA

34559180_1998297616909585_2956960381999775744_o.jpg