Kemampuan produk halal keluaran usahawan tempatan disenaraikan sebagai salah sebuah negara pembekal makanan bagi kontinjen Sukan Olimpik Tokyo 2020 diharapkan mampu menjadi platform untuk Malaysia terus memasarkan rantaian bekalan industri halal ke negara matahari terbit itu pada masa akan datang.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, peluang pembekal produk halal Malaysia untuk mengembangkan produktiviti pengeluaran ke Jepun semakin cerah berikutan kerjasama yang dijalin setakat ini sangat memerlukan kepakaran, produk serta perkhidmatan berkaitan halal bagi menampung permintaan di sana.

“Saya bermesyuarat dengan Jawatankuasa Penganjur (Olimpik 2020) pagi ini dan mereka memberitahu saya yang mereka memerlukan banyak makanan halal bagi kontinjen Olimpik semasa kejohanan itu.

“Perkampungan Olimpik memerlukan makanan dalam jumlah yang besar jadi anda boleh bayangkan sendiri jumlah yang diperlukan. Ini adalah peluang yang amat besar bagi syarikat halal kita, tetapi jangan terhenti setakat itu saja, pastikan ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk menembusi pasaran halal di sini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Halal Fiesta di Tokyo Ryutsu Center, kelmarin.

Produk halal Malaysia Olimpik 2020.jpg