OVO Indonesia jalin kerjasama dengan CashShield perkukuh langkah-langkah keselamatan terhadap serangan penipuan

CashShield, syarikat pengurusan penipuan dalam talian bertaraf global yang pertama dan satu-satunya dengan fungsi mesin automatik sepenuhnya, dan OVO, platform pembayaran utama Indonesia, baru-baru ini mengumumkan satu perkongsian yang akan melengkapi OVO dengan penyelesaian perlindungan penipuan komprehensif CashShield yang utama dalam industri.

Kumpulan pengguna OVO seramai 60 juta orang, di 500 bandar raya dan bandar seluruh Indonesia, kini akan mendapat lapisan perlindungan keselamatan dan privasi tambahan dengan teknologi perlindungan data pengguna hujung-ke-hujung tiada tandingan daripada CashShield.

Pembayaran mudah alih semakin popular pada tahun lalu dan menjadi sasaran yang menguntungkan untuk penjenayah siber. Akaun yang dicuri bernilai lebih enam kali ganda berbanding kad kredit yang dicuri dalam pasaran gelap. CashShield menganalisis data tingkah laku, termasuk pergerakan kursor, pola meleret dan titik tekanan bagi menentukan risiko penipuan.

CashShield dan OVO bersama-sama akan mencegah akaun pengguna OVO daripada pengambilalihan seteru oleh penjenayah siber dan peniaga OVO daripada menerima bayaran tidak sah daripada penipu.

“Kami membangunkan CashShield untuk menjadi perintis dalam bidang pencegahan dan perlindungan penipuan, yang dapat berkhidmat kepada pengguna syarikat-syarikat besar yang pesat berkembang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CashShield Justin Lie.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan OVO, sebuah perniagaan yang bukan sahaja berkongsi dorongan kami terhadap inovasi, malah komitmen kami terhadap keselamatan data. Kami yakin bahawa teknologi kami, yang menyediakan penyelesaian segera, boleh diskala dan automatik yang diperlukan oleh OVO untuk melindungi pelanggannya, akan membantu mengukuhkan langkah-langkah keselamatan mengagumkan yang telahpun disediakan oleh OVO.”

CashShield ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Lie, dan sepanjang dekad lalu telah dapat mengurangkan kadar penipuan kepada satu persepuluh daripada purata industri. Menggabungkan dengan unik A.I. dan instrumen dagangan Wall Street, CashShield menyingkirkan keperluan terhadap sebarang penglibatan manusia untuk mengesan dan mencegah penipuan dalam talian, menghapuskan risiko kesilapan manusia dengan berkesan.

Teknologi dinamik CashShield memastikan agar data yang dicuri daripada ketirisan data tidak dapat digunakan oleh penjenayah siber, seraya dapat melindungi akaun dan identiti pengguna.

OVO telah meraih kedudukan sebagai platform pembayaran utama di Indonesia dengan menjadi platform yang boleh didapati di mana-mana jua dalam ekonomi Indonesia, sama ada di kedai jualan dan warung, mahupun perkhidmatan atas permintaan dan dalam talian. Aplikasi OVO mempunyai jaringan melibatkan berjuta-juta titik tambah nilai melalui ATM Mandiri, kedai serbaneka Alfamart dan pemandu Grab di seluruh negara.

Pada masa kini, OVO memiliki Jumlah Bayaran Keseluruhan tertinggi antara semua e-dompet di Indonesia. Perisian CashShield dapat bersepadu dengan lancar dan tidak akan mengenakan sebarang bayaran dalam pengalaman pengguna untuk pengguna OVO.

“CashShield telah menjadi pelengkap hebat untuk langkah-langkah keselamatan siber kami,” kata Harianto Gunawan, Pengarah Pembayaran Perusahaan OVO.

“Melindungi jaringan pengguna luas OVO menjadi keutamaan tertinggi agar kami mengambil dengan amat serius keselamatan data dan privasi pengguna. Kami begitu teruja kerana dapat berganding bahu dengan CashShield sebagai rakan pencegahan penipuan yang dapat seiring dengan pertumbuhan pesat kami, sambil memastikan agar platform tersebut selamat dan terjamin.”

Baru-baru ini, CashShield berjaya mengumpul sebanyak $25 juta untuk membantu syarikat-syarikat memerangi penipuan akaun pelanggan dan pembayaran. Menerusi perkongsian baharu ini dan pembiayaan terkini, CashShield akan terus mencegah penipuan akaun dan menyediakan penyelesaian kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia. – PR NEWSWIRE

OVO Indonesia jalin kerjasama CashShield.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.