KUALA LUMPUR, 22 Mei 2017 – Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) yang diadakan setiap dua tahun kembali lagi tahun ini, daripada 18 hingga 20 Mei 2017 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Kuala Lumpur. Merupakan salah satu saluran komunikasi untuk industri kenderaan perdagangan untuk Asian Trucker Media, pameran tersebut mengkedepankan kenderaan perdagangan di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara dengan tema utama tahun ini, “Connected Mobility” atau “Mobiliti Terhubung”.

Dari permulaan expo pada 2013, ia telah menarik penyertaan yang hebat daripada pempamer dalam dan luar negara, menonjolkan produk dan servis terkehadapan serta inovasi terkini dalam industri kenderaan perdagangan. Memenuhi ruang 8000mps, MCVE tahun ini menyaksikan penyertaan berulang oleh peserta tahun-tahun lepas ditambah dengan peserta baharu, daripada pembekal perkhidmatan dalam industri logistik dan pengangkutan. Menuruti lompatan 23 peratus pelawat di pameran pada 2015, MCVE 2017menjangka lebih 7,000 pelawat tahun ini.

 

Pelawat juga akan menyaksikan paparan istimewa daripada booth pempamer luar negara yang disertakan dengan ruang perbincangan bertemakan hentian rehat lebuh raya dilengkapi trak makanan, dan peluang untuk turut serta dalam Scania Driver Competition edisi MCVE; yang membenarkan pemilik lesen memandu untuk mengalami keadaan mencabar yang dihadapi oleh pemandu trak dan bas setiap hari. Pameran tersebut juga menandakan ulangtahun ketujuh Networking Night Asian Trucker dan juga makan tengah hari untuk ahli kelab Asian Trucker Drivers Club yang akan diadakan pada 20 Mei. Kedua-dua majlis ini telah membekalkan platform komunikasi dan pembangunan bisnes untuk ahli komuniti kenderaan perdagangan Malaysia.

Ketahui lebih lanjut tentang MCVE 2017 dengan melawati www.mcve.com.my atau lihat kemaskini terkini di facebook.com/asiantrucker