Sebanyak RM2.5bil jumlah pembiayaan telah diluluskan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kepada 8,745 usahawan Bumiputera. Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berkata, daripada jumlah tersebut, setakat ini sebanyak RM522.43juta telah diluluskan kepada 2,835 usahawan wanita. Tujuan pembiayaan tersebut adalah untuk meningkatkan taraf hidup serta kedudukan golongan wanita dalam bidang keusahawanan. Antara empat bidang utama yang mendapat pembiayaan tertinggi termasuklah bidang perniagaan pakaian, teksil dan aksesori sebanyak 19%, makanan dan minuman sebanyak 9.5%, farmasi sebanyak 9.5%, dan pendidikan sebanyak 8.3%.

Selain pembiayaan tersebut, PUNB juga akan memberikan sokongan korporat terhadap beberapa aspek seperti pemantauan perniagaan, latihan dan pembangunan usahawan, jaringan perniagaan, promosi serta publisiti bagi memastikan usahawan wanita di bawah PUNB akan terus kukuh. Jesteru itu, Tan Sri Mohd Ali menggesa golongan wanita untuk memanfaatkan segala pembiayaan, kemudahan dan latihan yang diberikan untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi PUNB di www.punb.com.my.