Tindakan proaktif Kementerian Pembangunan Usahawan melaksanakan penjadualan semula bagi bayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) nyata memberi impak positif apabila bilangan usahawan yang berjaya menjelaskan pembayaran mengikut ketetapan baharu semakin meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, statistik bayaran balik bagi pinjaman TEKUN menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus di seluruh negara dengan negeri Kelantan mencatatkan pulangan balik paling cemerlang iaitu hanya lima hingga tujuh peratus sahaja yang gagal menjelaskan bayaran.

“Melalui penjadualan semula ini, tempoh pinjaman usahawan yang menghadapi masalah dalam perniagaan dipanjangkan supaya mereka dapat membuat bayaran bulanan dengan kadar lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan TEKUN Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah, baru-baru ini.

Tambah Redzuan, pemantauan rapi terhadap aktiviti perniagaan usahawan yang meminjam dengan TEKUN juga dilakukan bagi memastikan golongan yang terlibat kembali berada di landasan tepat dalam bidang keusahawanan.

Redzuan ketika hadir pada Karnival Usahawan TEKUN di Kelantan.jpg