SME Bank melaksanakan sistem permohonan dalam talian iaitu MYSMEBank bagi memudahkan para konsumer bagi memohon pembiayaan. Menurut Ketua Pegawai Operasi, Operasi dan Pengurusan Korporat SME Bank iaitu Datuk Razman Mohd Noor, dengan cara ini dapat mempercepatkan proses permohanan dalam masa 14 hari sahaja. Tambah beliau juga, bagi pelanggan yang tidak memenuhi kriteria permohonan, mereka akan dirujuk kepada anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR)  atau Divisyen Pembangunan Usahawan SME Bank (EDD) bagi mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan atas talian. Program permohonan atas talian, MYSMEBank ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed.