PIKAT PKS DENGAN E-DAGANG

PIKAT PKS DENGAN E-DAGANG

PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia) telah tandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama lima persatuan bagi usaha untuk menarik perhatian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menggunakan e-dagang. Lima persatuan tersebut ialah Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Persatuan Pemborong Malaysia, Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia serta Persatuan PKS Malaysia. MoU ini bakal menyaksikan PIKOM membantu ahli dari lima persatuan ini untuk saling bekerjasama dengan syarikat anggota teknologi PIKOM seperti pembekal gerbang pembayaran, penyedia logistic serta pembekal platform e-dagang. PIKOM juga merupakan satu platform bagi menghubungkan PKS tempatan kepada lebih 100 ahli pemboleh teknologi mereka menerusi Pameran e-Dagang PIKOM yang terbaru.  Pameran tersebut bakal bermula pada separuh pertama tahun ini. Perjanjian lima MoU ini dapat bagi meningkatkan pengguna tempatan dan asing yang lebih besar untuk ahli perniagaan e-dagang persatuan menerui festival jualan secara dalam talian tahunan iaitu #MYCYBERSALE.