PKS digesa segera manfaatkan Industri 4.0

Pertubuhan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) wajar memanfaatkan kecanggihan Industri 4.0 dalam menjana produktiviti serta daya saing bagi merealisasikan hasrat kerajaan mencapai status negara pilihan pelabur luar menjelang 2025.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan Dasar Industri 4.0 Kebangsaan yang dinamakan sebagai Industry4WRD akan lebih memihak PKS sekaligus membuktikan kemampuan Malaysia sebagai rakan kongsi strategik pilihan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan pintar di wilayah Asia Pasifik.

“Syarikat pembuatan di Malaysia terutamanya PKS berkelebihan memiliki potensi daripada pelaksanaan Industry4WRD. Oleh yang demikian, dasar ini dibangunkan untuk memacu PKS agar mereka mahir dan berupaya menghadapi cabaran daripada Revolusi Perindustrian Keempat,” katanya semasa berucap merasmikan Dasar Industri 4.0 Kebangsaan di Menara MITI, hari ini.

Tambah Mahathir, program Penilaian Kesediaan untuk membantu PKS mengukur jurang dan kesediaan mereka juga akan dilaksanakan melalui dasar tersebut sebagai usaha untuk membimbing penyesuaian kumpulan terlibat dengan teknologi Industri 4.0.

industri 4.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.