Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bersedia menarik minat usahawan tempatan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta golongan usahawan muda untuk menguasai perniagaan secara e-dagang yang melibatkan urus niaga dalam talian melalui penawaran penyediaan platform dan insentif menarik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, beberapa perancangan kini telah diperincikan pihaknya untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut berdasarkan pengukuhan struktur segmen mel dan kurier lebih-lebih lagi dalam kategori e-dagang yang menyeluruh.

“Sebagai katalis serta peneraju utama segmen pos dan kurier, logistik dan e-dagang negara, Pos Malaysia sedang merangka inisiatif bagi menyediakan platform serta insentif menarik untuk membantu dan menggalakkan penggiat PKS serta usahawan muda dalam segmen e-dagang,” katanya pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bersama Pos Malaysia di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syed-Md-Najib-Kredit-foto-Pos-Malaysia-Berhad.jpg