Sebuah program latihan khusus untuk usahawan yang bernaung di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) akan dilaksanakan bermula suku kedua tahun ini bagi memastikan segala aktiviti keusahawanan mereka yang bermasalah kembali berada dalam landasan yang betul.

Timbalan Pengerusinya, Najwah Halimah Ab. Alim berkata, inisiatif tersebut selari dengan hasrat Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yang mahukan bimbingan diberikan kepada kumpulan terlibat agar usahawan Malaysia terutama Melayu mampu berkembang maju.

“TEKUN dalam proses penjenamaan semula di mana kita berhasrat untuk menubuhkan unit latihan bagi memberi latihan berkaitan kepada usahawan-usahawan terlibat.

“Harapan kita adalah untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bantuan Raya Anak-Anak Asnaf Parlimen Pulai di Mydin Mall Mutiara Rini Johor, semalam.

Program-Bantuan-Raya-Anak-Anak-Asnaf-Parlimen-Pulai-Kredit-foto-TEKUN-Nasional.jpg