Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menjalankan Program Pemantapan Usahawan Food Truck 2017 di seluruh negara melalui penganjuran Kursus Pemantapan Usahawan Food Truck mengikut zon.

 

Program ini melibatkan kerjasama strategik KPDNKK melalui inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) antara KPDNKK dengan pelbagai agensi antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Politeknik Malaysia, Komuniti Food Truck Malaysia dan beberapa lagi pihak yang berkaitan industri ini.

 

KPDNKK menjemput semua usahawan-usahawan “food truck” di seluruh negara yang telah memiliki kenderaan “food truck” dan telah menjalankan operasi perniagaan “food truck” untuk mengambil peluang ini dengan menghadiri ke kursus yang dilaksanakan oleh KPDNKK secara percuma khususnya untuk memantapkan lagi operasi perniagaan para usahawan “food truck” sedia ada di seluruh Malaysia.

 

TARIKH                                  LOKASI

28 Nov – 30 Nov 2017            Politeknik, Merlimau

4 Dis – 6 Dis 2017                   Politeknik, Kota Kinabalu

7 Dis – 9 Dis 2017                   Politeknik, Kuching

11 Dis – 13 Dis 2017               Politeknik, Behrang

15 Dis – 17 Dis 2017               Politeknik, Kuala Terengganu

 

Sila layari www.malaysiafoodtrucks.com.my untuk maklumat lanjut.