Ringgit Malaysia dijangka akan dibuka lebih tinggi pada minggu ini dengan purata 4.42 sehingga 4.43. Pertukaran matawang tempatan lebih dipengaruhi dengan keadaan ekonomi global, termasuklah tindakan serta pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, matawang AS dilihat akan mengalami tekanan disebabkan oleh ketidaktentuan pembaharuan cukai.

Namunpun begitu, Kerajaan Malaysia percaya bahawa pedagang kali ini bersikap lebih optimis dan akan menjadi penyumbang kepada pengukuhan nilai matawang negara. Pandangan tersebut turut disokong oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang mana mereka menyatakan tidak akan menaikkan kadar faedah pada Mac ini. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengesahkan jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2016 juga telah bertambah sebanyak RM1.49tril jika dibandingkan dengan tahun 2015 iaitu sebanyak RM1.46tril.