Sebanyak RM9.5 billion telah disalurkan kepada industri pertanian bagi mengembang dan memperluaskan industri pertanian negara ini.  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Masaat Awadz berkata, perkara ini disambut dengan baik susulan peningkatan pasaran serta permintaan oleh pengeluaran pertanian dan industri asas tani. Dengan perkembangan yang memberangsangkan ini sesuai dengan komitment Agrobank yang sentiasa proaktif untuk memberi perkhidmatan kewangan atau pembiayaan yang bersuaian dengan keperluan serta kehendak pelanggan. Tambahan itu, Agrobank mengambil berat terhadap industri agromakanan negara bagi memenuhi sasaran kerajaan yang telah disebut dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020.  Dasar ini bertujuan bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin dan berkualiti serta ianya membantu industri perniagaan pertanian di negara ini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.agrobank.com.my/