Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd. (SME Bank) menjalin kerjasama strategik bagi perkongsian akses infrastruktur dan pangkalan data dengan Telekom Malaysia Bhd. (TM) serta Commerce.Asia dalam usaha memperkasakan platform digital Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, kata sepakat yang dicapai melalui pemeteraian tanda tangan memorandum persefahaman (MoU) bersama kedua-dua pihak berperanan meneroka penyelesaian digital untuk keperluan pembiayaan PKS dan berupaya menjadi akses kepada ekosistem teknologi e-dagang yang lengkap.

“Ini akan melengkapkan fasa pertama pembinaan Platform Digital PKS Kebangsaan yang mana, kecerdasan buatan (AI) akan digunakan untuk menganalisis prestasi dan kesediaan PKS serta merangka satu pelan tindakan yang akan dapat menyokong pertumbuhannya.

“Platform Digital PKS Kebangsaan ini merupakan satu usaha SME Bank yang menyeluruh dan merupakan penyelesaian untuk SME Bank menjadi peneraju dalam ekosistem PKS yang berteraskan gelombang Revolusi Industri 4.0,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

MoU-SME-Bank-TM-dan-Commerce.Asia-Kredit-foto-SME-Bank.jpg