Sebuah program perkongsian ilmu berkaitan industri halal, SME Mentoring 2019 anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Nestle Malaysia dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) akan diadakan khusus untuk usahawan-usahawan tempatan terutamanya di luar kawasan Lembah Klang.

Program selama dua hari pada tarikh berasingan dengan jelajah ke empat buah negeri terlibat iaitu Sabah, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan tersebut dijadualkan bermula 24 April hingga 31 Oktober depan.

Selain bakal memperoleh pengetahuan daripada pakar industri yang berpengalaman, usahawan-usahawan PKS juga boleh mengakses maklumat terkini berkaitan peluang perniagaan halal domestik dan global serta manfaat-manfaat yang lain.

Yuran penyertaan sebanyak RM150 dikenakan kepada usahawan yang berminat menyertai SME Mentoring 2019. Untuk mendaftar dan dapatkan sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:

www.hdcglobal.com (HDC)
Cik Atiqah / Cik Roziah
03-7965 5555 sambungan 477 / 592

www.smecorp.gov.my (SME Corp)
Encik Syahir / Cik Azwani
03-2775 6000 sambungan 6096 / 6053

SME Mentoring 2019.jpg