Songuo Motors baru-baru ini mengesahkan penandatanganan kontrak untuk mengedarkan kenderaan NeuWai oleh syarikat-syarikat yang berada di seluruh lima benua dan menjalankan perniagaan di 30 negara.

Kenderaan pertama NeuWai akan diperkenalkan bagi tujuan jualan dalam tempoh 12 bulan. Barisan kenderaan NeuWai telahpun diumumkan dan dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2020 termasuk kereta ultra kompak dua tempat duduk dan empat tempat duduk, sebuah SUV, sebuah kenderaan modular, sebuah trak satu tan, motosikal dan juga skuter.

Pengumuman tersebut dibuat selepas penampilan sulung global di Pameran Motor Seoul 2019 bagi jenama NeuWai dan barisan kenderaan dirancang yang bergaya, elektrik dan seronok untuk dipandu.

“Kami berbesar hati dengan banyaknya pemimpin perniagaan yang telahpun komited untuk mengedarkan kenderaan NeuWai,” kata Tim Shin, Ketua Pegawai Eksekutif Songuo Motors.

“Komitmen mereka menunjukkan betapa bersedianya dunia untuk menerima kenderaan baharu dan unik dengan reka bentuk menarik, kejuruteraan termaju dan model pembuatan,” jelasnya. – PR NEWSWIRE