Permohonan bantuan perniagaan dalam bentuk geran melalui Transformasi Belia Niaga (TBN) terutamanya buat usahawan muda di negeri Terengganu dalam mengusahakan bidang perniagaan mereka dalam talian dibuka sehingga 3 Mac 2018. Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM1.2 juta oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad, dana itu dituju khas bagi perniagaan atas talian yang melibatkan para usahawan berumur antara 21 tahun hingga 35 tahun yang telah melaksanakan operasi perniagaan mereka sekurang-kurangnya 12 bulan.

TBN bakal dilaksanakan melalui kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama semua agensi terlibat dengan keusahawanan termasuk latihan, khidmat nasihat serta pinjaman. Dana yang bakal disalurkan adalah dalam bentuk peralatan dan kemudahan seperti computer dan internet percuma selama enam bulan dengan kadar geran sehinggan RM10, 000.00. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri, boleh layari di https://goo.gl/CQpnFN dan tarikh tutup adalah pada 3 Mac 2018.