Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) merupakan anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memperkenalkan dan menguruskan satu perkhidmatan yang baru iaitu e-dompet mudah alih. TNG Digital Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama dengan Ant Financial Group (Ant Financial) akan mengendalikan perkhidmatan ini dengan menggunakan Alipay sebagai platform.

Perkhidmatan E-dompet ini dapat membolehkan rakyat Malaysia mengalami pengalaman ekosistem pembayaran yang mudah, selamat serta lancar melalui penggunaan kod tindakan segera bagi membuat sebarang transaksi pembelian dalam talian, membuat pembayaran bil, runcit serta pemindahan dana menggunakan platform yang serupa. Perkhidmatan ini dijangka akan diguna oleh pelanggan semasa yang terdiri daripada pengguna tol lebuh raya, transit dan tempat meletak kenderaan dengan melalui pendaftaran bagi menikmati tambahan dalam perkhidmatan berkenaan.